Wednesday, November 19, 2014

Posted by ptiafmmaster On 11:29 PM | No comments
SIMPOSIUM PERUBATAN ISLAM 

Asslamualaikum warahmatULLAH,

Tuan puan dijemput hadir.. sila daftar di www.speim.my

www.speim.my







La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Monday, August 11, 2014

KURSUS BEKAM MENGIKUT TITIK 40 PENYAKIT UTAMA

Posted by الفقير إلى الله وان عصرول On 12:40 AM | No comments
Dalam usaha membawa Al Hijamah @ Bekam @ Phlebotomy @ Pa Hou Kuan ke peringkat Profesional

" Kursus pertama di Malaysia dengan pendedahan Titik 40 Penyakit Utama & LDK Kemahiran "

PENGISIAN :

- Bekam Boleh & Tidak
- Jenis Penyakit Yang Boleh dan Relevan Dibekam
- Titik-Titik Relevan
- 40 Penyakit Utama dan Titik Bekam Beserta Penjelasan Mengikut Fungsi Anatomi, Fisiologi dan Patologi Organ (Patologi Anatomi)
- SOP (Standard Operating Procedures) Persediaan Pembekam, Peralatan Bekam dan Bilik Bekam.
- Pengukuhan Kemahiran Sebagai Al Hujjam ( Pembekam )
- Perkara WAJIB pada Pembekam dan yang dibekam, Pre-Bekam dan Pasca-Bekam.
- Pengijazahan Riadah Ayat Mu'jam




Lokasi Pertama

Tarikh : 16 & 17 Ogos 2014 ( Sabtu & Ahad )

Tempat : Dewan TRM, L 1-08, Jalan Perkasa 1/1, Taman Perkasa 43000 Hulu Langat Selangor ( Koordinat GPS : 3.102807,101.798616 )


Untuk Menyertainya:

Muslimin dan Muslimat yang mempunyai asas atau pernah terdedah dengan hal berkaitan bekam selain kesungguhan untuk meningkatkan kemahiran ilmu & praktikal bekam.

SMS Nama>No K/P> Alamat> 012-5455711 . Pendaftaran yang diterima akan mendapat respon/reply

Untuk pertanyaan berkaitan telefon/ wassap : Qolbu Solehin 012-7625455

Yuran : RM350.00 ( termasuk nota,sijil & jamuan )

Pengendalian Kursus Oleh : Sang faqir Wan Asrul Al Kalantani

Anjuran Bersama : Persatuan Terapi Islam Al Fatah Malaysia & Qolbu Solehin Management

Tarikh Tutup Pendaftaran : 14 Ogos 2014


*************************************************************************





LOKASI KEDUA (Pantai Timur)

Tarikh : 30 & 31 Ogos 2014 ( Sabtu & Ahad )

Tempat : Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan. (Berhampiran UIA Kuantan)


Untuk Menyertainya:

Muslimin dan Muslimat yang mempunyai asas atau pernah terdedah dengan hal berkaitan bekam selain kesungguhan untuk meningkatkan kemahiran ilmu & praktikal bekam.

SMS Nama>No K/P> Alamat> 0179779070 . Pendaftaran yang diterima akan mendapat respon/reply

Untuk pertanyaan berkaitan telefon/ wassap : Cikgu Anwar Al-Kuantani 0179779070

Yuran : RM240.00 ( termasuk nota,sijil & jamuan )



La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Wednesday, May 7, 2014

KURSUS AL HIJAMAH (BEKAM) TIAF

Posted by الفقير إلى الله وان عصرول On 1:21 AM | No comments

Memahami Bekam @ Al Hijamah @ Cantuk @ Pa Hou Kuan @ Oxidant drainage therapy Secara Sunnah & Sains Kedoktoran. Ini Peluang untuk kalian memperjuangkan Sunnah dengan ILMU bukan taqlid buta. Penyertaan masih dibuka. 

Kami berusaha melatih golongan yang Boleh membekam beserta faham yang jitu tentang hal ehwal bekam itu sendiri, bukan hanya sekadar 'boleh bekam'.

Terutama dalam membincangkan Fatal Mistake yang kerap dilakukan oleh mereka yang melakukan bekam. Bukan mencari kesalahan tetapi berusaha memperbaiki kemahiran.

Soalkan diri sendiri dengan persoalan, "Kenapa bekam itu sunnah?"


Kursus Bekam Asas ( Mengikut Sunnah & Kedoktoran Moden)

Terapi Bekam ( Rohani & Jasmani ) - Teori & Praktikal

Tarikh : 11 Mei 2014 ( Ahad )
Tempat : TIAF Pusat, Telok Mas, Melaka. ( 2°09'46.0"N 102°19'24.4"E )
Masa : 9.30 Pg - 5.00 Ptg
Yuran : RM150 ( Sijil & Nota ), Ulangkaji (bekas peserta) rm40
Penyertaan : Muslimin sahaja( sila bawa kain pelikat dan peralatan membekam ) - Terhad 20 orang sahaja.

PENDAFTARAN :
SMS >NAMA>NO. K/P> K.Bekam> 019-6727627
Tarikh tutup pendaftaran : 9 Mei 2014

Sebarang Pertanyaan boleh merujuk 0196727627

PENYERTAAN AMAT-AMAT TERHAD.

PENGISIAN :
SESI PERTAMA - BEKAM & PERIHALNYA

- Apa itu BEKAM
- Definisi Bekam
- Perbezaan Tukang Bekam dengan Ahli Bekam
- Hakikat Bekam Tradisional dan Bekam Moden
- Bekas Luka Bekam dan Gambaran tentang Penyakitnya

SESI KEDUA - BEKAM & KAEDAH EFEKTIF MERAWAT PENYAKIT

- Rahsia Kaedah Bekam bagi Merawat penyakit dan Mencegah Penyakit
- Teknik Bekam
- Cara Pemilihan Titik Bekam Yang Betul
- Prinsip Pemilihan Titik Bekam
- Masa Membekam
- Penyakit yang Tidak boleh Diubati dengan Bekam secara terus
- Pemilihan Titik-Titik Bekam di Dada dan Perut
- Pemilihan Titik-Titik Bekam di Punggung
- Titik Bekam Kepala (PENTING dan Paling UTAMA)
- Pemilihan Titik Bekam Berdasarkan Titik Nabi (Titik/Point Sunnah)
- Khasiat dan Kedudukan Titik Nabi

SESI KETIGA - KAEDAH DIAGNOS PENYAKIT SEBELUM
BEKAM
- JARI & KUKU
- WAJAH
- LIDAH
- TAPAK TANGAN

Semoga beroleh manfaat dari ALLAH


La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Saturday, March 22, 2014

DARI MEJA PENGERUSI PTIAFM 2014-2016

Posted by ptiafmmaster On 11:31 PM | No comments
Assalamualaikum warahmatULLAHi wabarakatuh,

Pertama-tamanya saya memanjatkan syukur kehadrat ALLAH Subhanahu wataala, kerana atas limpah kurnianya Mesyuarat agung PTIAFM ke 3 berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Sekalung tahniah keatas AJK yang dilantik sebagai barisan peneraju PTIAFM 2014-2016.

Saya selaku Pengerusi PTIAFM yang dilantik ingin menegaskan disini bahwa cabara mendatang PTIAFM akan menjadi cukup sulit dan mencabar. PTIAFM akan menuju fasa baru penuguhannya. Setelah hamper 3 tahun PTIAFM beroperasi , persatuan kini wajar menuju halatuju yang lebih jelas dalam perjuangannya.
Saya meletakkan beberapa perkara dibawah sebagai garis dasar yang akan diperhalusi dan diteliti serta dibahaskan dalam mesyuarat AJK Pusat dalam waktu terdekat. 

CABARAN PTIAFM 2014-2016
1.Meletakkan PTIAFM sebagai sebuah persatuan yang disegani dan dihormati.
2.Menyusun , mengemaskini dan menapis keahlian PTIAFM. Hanya mereka yang ikhlas serta bersedia berkorban dan berjuang bersama PTIAFM akan dikekalkan.
3.Membangunkan sistem pengajian intensif khusus bagi melatih ahli-ahli yang terpilih bagi menjadi barisan hadapan PTIAFM dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat melalui perubatan.
4.Membina jalinan ukhwah yang kukuh dikalangan ahli melalui usrah / riadah dan ziarah  diperingkat zon dan pusat.
5.Membangun sistem ekonomi bersepadu yang akan menjadi pemangkin kepada PTIAFM khususnya serta masyarakat Islam amnya.

Hal ini akan menjadi teras utama perjuangan PTIAFM.

Mampukah ianya direalisasikan??.. InsyaALLAH jika kesemua ahli memberi kerjasama terhadap AJK yang dilantik kita mampu melaksanakannya biiznILLAH.

Kepada semua AJK anda punya tugas yang mencabar menanti anda . Komitmen 100% anda akan dituntut, namun jika kita mampu bekerja sebagai sebuah pasukan, insyaALLAH semua halangan bpoleh diatasi.

Kepada semua ahli PTIAFM anda juga dituntut memberi kerjasama yang terbaik. Jika anda punya apa apa cadangan , harapan, kritikan atau anda mampu menyumbang kepada PTIAFM sila tampil kehadapan. Saya memerlukan ANDA.

Masa semakin ,mencemburui kita , jadual tugasan anda akan bermula dalam waktu terdekat, jadi persiapkanlah diri masing masing.

Akhir kata saya memohon ribuan ampun dan maaf jika terkasar bahasa dan terlepas kata.

Wassalam.

AJK PTIAFM 2014-2016
PENASIHAT : Ustaz Wan Asrul Affendi Wan Hussin
PENGERUSI : Ismail Rubani
NAIB PENGERUSI : Ustaz Anuwa Samlan
SETIAUSAHA : Cikgu Mohammed Khairul Anwar Mukhtar
PENOLONG SETIAUSAHA : Ustazah Jamilah
BENDAHARI : Azham Sulaiman
AJK 
1. Mohamad Nazim Ghani
2. Mas Ilmi Masri
3. Mohd Zaironizam Daud
4. Tuan Hj Rameli Mat Yunus
5. Hassanudin Sujangi
6. Mohd Zaidi
7. Tuan Hj Mohamad Idris



La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Tuesday, March 18, 2014

MESYUARAT AGONG PTIAFM KE 3

Posted by ptiafmmaster On 7:09 PM | No comments
Assalamualaikum warahmatULLAH

Mesyuarat Agong PTIAFM ke 3 

Tarikh : 22/03/2014
Waktu : 8.30pg-4 ptg
Lokasi : Ismah Beach Resort
             Pantai Padang Kemunting
             78300 Masjid Tanah
             Melaka

Pakain Rasmi : Jubah dan Kemas (Warna Putih)

Perasmi : Dato Mohd Zain Bin Mansor
               Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

Semua ahli dijemput hadir.

http://www.ismahresort.com/





La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Monday, March 17, 2014

KURSUS URAT SARAF & URUT

Posted by الفقير إلى الله وان عصرول On 11:47 PM | No comments

Ilmu dan Amali Kursus Urat Saraf & Urut TIAF

Adapun matlamat penganjuran kursus ini adalah untuk melahirkan golongan pengurut yang mahir dengan urat saraf terutamanya anatomi dan fisiologi tubuh manusia. Hasil gabungan keilmuan Tobib Islam, Tobib Melayu Nusantara dan Kedoktoran Moden, pihak TIAF bersedia mendedahkan cabang daripada keilmuan Perubatan Islam yang perlu diketahui jelas khususnya oleh Umat Islam sendiri.

Kursus ini adalah yang terakhir terbuka untuk orang awam kerana silibusnya sudah dimasukkan ke dalam silibus Diploma Perubatan Islam TIAF.

Setiap perkara ada prinsipnya, begitu juga dengan urutan.

Prinsip dalam Ilmu dan Amalan Urutan

TAHU, FAHAM, JAGA, TELITI.

TAHU akan perihal Urat Saraf : Keadaan Penyakit dan Pesakit

FAHAM akan kedudukan dan perletakan Urat Saraf : Anatomi dan Fisiologi

JAGA cara dan aturan Urutan : Arah Awal, Arah Akhir, Buka Urutan, Tutup Urutan.

TELITI Kaedah dan Kawalan Urutan : Tekanan dan Susunan jari.

Semua ini adalah antara Silibus di dalam Kursus Urat Saraf & Urut TIAF. Jangan ketinggalan untuk menyertainya.

TARIKH : 28 - 29 Mac 2014 (Jumaat&Sabtu)

MASA : 9.00 PG—5.30 PTG

TEMPAT : Dewan Perpustakaan, Masjid Geliga, Kemaman, Terengganu.
YURAN : RM360 ( Sijil, Nota &Jamuan) PENDAFTARAN: SMS Urut > Nama Penuh > No K/P> 0123119900 / 0193763349

PERTANYAAN : Hubungi Shahrizan 0123119900 / 0193763349

Terbuka kepada Lelaki dan Wanita. Penyertaan Amat Terhad.

LAWATI :
www.ptiafm.org

PENGISIAN KURSUS

HARI PERTAMA ( Teori & Kefahaman )
- Mengenal urat besar dan urat kecil
- Konsep bakat dan ilmu (seiring)
- Displin urut (sebelum, semasa, selepas)
- Teknik urutan (kaedah urut 7 & Kaedah urut 9)
- Kaedah mencari urat berpenyakit, urat bermasalah
- Teknik urutan masalah Lemah Tenaga batin (tanpa perlu mengurut alat sulit)
- Teknik asas urutan kepala
- Teknik asas urutan angin ahmar
- Teknik urutan terseliuh
- Teknik urutan pecah angin
- Teknik urutan mata
- Teknik urutan penyakit-penyakit asas
- Kaedah menghasilkan minyak urut
- Amalan-amalan khusus Urat Saraf

HARI KEDUA

Praktikal


La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Monday, March 3, 2014

KURSUS BEKAM TIAF MASIH DIBUKA

Posted by الفقير إلى الله وان عصرول On 10:52 AM | No comments


Ramai yang bertanya, bolehkah bekam untuk rawat sakit itu, untuk rawat sakit ini?

Hal ini adalah kerana khasiat dan kelebihan bekam diperhebahkan dengan cara melalui media massa, media cetak mahupun media alam maya. Ya, ianya sememangnya usaha yang baik dalam memperkenal dan menyebarkan 'perubatan langit' ini.

Bahkan tidak terkecuali, tentang fungsi bekam dalam merawat atau mengeluarkan penyakit-penyakit bersifat makhluk halus dalam tubuh juga turut dihebahkan. Ya, ini juga satu kesungguhan yang baik dan mulia.

AKAN TETAPI...

Yang menjadi permasalahan adalah kefahaman mereka yang menginginkan khidmat bekam berikutan penyakit atau permasalahan yang dikatakan boleh selesai dengan bekam.

Mereka menganggap dengan bekam masalah mereka boleh selesai, malahan tidak berulang kembali. Hal ini agak merumitkan jika mereka tidak diperjelaskan dengan perihal yang sebenar berkaitan bekam dan lebih harunya jika selepas berbekam, penyakit mereka masih tidak sembuh ( Sememangnya paling utama kesembuhan adalah hak mutlak ALLAH)

Bekam @ Al Hijamah @ Phlebotomy @ Oxidant Drainage Theraphy, secara asasnya adalah bertujuan mengeluarkan darah stasis atau stagnasi darah yang berada di lapisan subkutenues (hipodermis), sehingga berlakunya sumbatan pada intravaskular, yang akibat dari situ boleh mengundang risiko penyakit-penyakit yang bermula dengan jantung, paru-paru, perut, buah pinggang dan usus. Hasil dari permulaan risiko tersebut akan mencambahkan risiko-risiko kepada penyakit-penyakit lain. NauzubILLAHi min Zaalik.

Skop Terapi Bekam berfungsi dan bekerja pada 2 keadaan utama, iaitu :

1) Pencegahan
2) Perawatan

Oleh kerana itu, dalam halnya Prinsip Bekam, terhimpun 3 perkara yang darinya jika kurang salah satu, boleh membawa 3 faktor yang mungkin akan:

1) Memudaratkan (jangka masa lama)
2) Melemahkan (jangka masa terdekat)
3) Menyakitkan (jangka masa semasa)

3 Prinsip Bekam adalah :

1) Diagnos
2) Kenal Pasti (Tindakan Terapi)
3) Susulan (Amalan dan Pantang Selepas Bekam)

Secara ringkas juga, ramai yang mendakwa, darah yang keluar dari sedutan bekam adalah Darah Kotor. Perlulah jelas, sebagai tukang bekam apatah lagi bergelar ahli bekam sementelah mengaku 'pakar bekam', perkara paling penting adalah mengenali masalah darah (hematologi).

Darah kotor yang selama ini diperkatakan itu, adalah istilah yang amat tidak sesuai digunakan dalam Terapi Bekam, darah kotor membawa maksud darah yang mempunyai kuman yang boleh berjangkit, boleh menular dan tidak boleh disentuh, berlainan keadaannya istilah darah kotor sesuai digunakan jika tukang bekam membekam seorang pesakit HIV atau AIDS atau penderita Hepatitis, itu jelas, darah dari tubuh pesakit tersebut adalah darah kotor, akibat dari kerosakan sel darah merah (Eritrosit).

Maka, istilah yang lebih sesuai digunakan adalah Darah Yang Bermasalah atau Darah Stasis atau Stagnasi Darah atau Darah Oksidan.

Persoalannya bolehkah bekam merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan? Jika jawapan secara ringkasnya, tidak boleh, iaitu jika hanya bekam sahaja ikhtiarnya. Pernyataan yang paling sesuai adalah : Bekam merupakan salah satu terapi yang MEMBANTU proses-proses kesembuhan (perawatan) dan MENCEGAH (pencegahan) risiko-risiko untuk penyakit samada jasmani atau rohani. (Bukan untuk Mengeluarkan atau menyembuhkan penyakit)

Maklumat-maklumat yang berbentuk ilmiah amat perlu disampaikan kepada mereka yang kurang jelas atau tidak tahu akan perihal bekam ini, supaya kesalahfahaman tidak terus menerus berlaku dan masyarakat lebih mencintai Sunnah dalam Perubatan ini.

Ini belumpun lagi jika dihuraikan 'fatal mistake' dalam perletakan al mihjamah(mangkuk bekam) pada titik-titik dan penarikan al masyshah (pam) pada permukaan epidermis, tentu ramai yang agak terkejut. Diingatkan, kami bukan mencari kesalahan, bukan itu tujuan kami bahkan kami ingin sama-sama menambah kemahiran.

Adapun antara titik-utama utama dalam ikhtiar bagi permasalahan gangguan makhluk halus melalui Terapi Bekam adalah :

1) Ummul Maghits
2) Kahil
3) Katifain
4) Bainul Katifain
5) Qithon

Ada sebahagian mereka bertanya :

"Kami sudah ADA ASAS, kami hendak tunggu Bekam Lanjutan, tidak mahu ikut serta Bekam Asas."

Maka, ini jawapan dari sang faqir yang lemah lagi dhoif ini,

Are you sure? Benarkah yang dikatakan asas itu sudah mencukupi? Mungkin mereka yang tidak pernah hadir ke kelas Bekam Asas TIAF merasakan bekam asas TIAF sama seperti anjuran yang lain.

Kami di TIAF secara ASASnya memperkenalkan sistem integumentari (kulit) TERLEBIH DAHULU seperti Epidermis, Dermis, Hipodermis (Subketeneus), kemudian sistem aturan atau susunan titik (Al Mihjamah), bersusulan dengan sistem tarikan negatif dengan Al Masyshah (pam) dan paling penting adalah pengenalan Ilmu Anatomi, Fisiologi serta Hematologi (Darah). Bersama-sama 'ASAS-ASAS' inilah kemudiannya dikongsikan kaedah bekam seperti yang dinyatakan di dalam risalah hebahan.

Kenapa bekam asas menggunakan lancet (jarum) 21G?

Ini adalah kerana pendekatan menggunakan jarum supaya tidak mengejutkan mereka yang gerun atau risau dengan surgical blade (pisau bedah) atau razor blade ( pisau cukur).

Adapun kaedah syartah/cantuk (torehan pisau) dikongsikan dalam Bekam Lanjutan yang kini sudah dimasukkan secara eksklusif di dalam Silibus Diploma Perubatan Islam TIAF dan tidak lagi secara terbuka.

Kami bukan mencari kelainan tetapi membawa keseragaman yang sebenar dalam Etika dan Displin Ilmu Bekam.

Sunnah itu lebih terpuji dan indah terhadap diri sendiri dan orang lain apabila ianya diamalkan dengan ILMU dan FAHAM.

Yuran yang kami sertakan adalah untuk membantu mereka yang ingin memperjuangkan Sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan ianya termasuk dengan jamuan 3 kali makan. Masih mahal lagikah untuk kalian?

Lokasi Kursus Bekam Asas TIAF kali ini akan dijalankan di Chalet Kak Long, Alai, Melaka, bagi kemudahan dan keselesaan para peserta.

Selagi ada peluang ini, rebutlah, sama-sama kita mengumpul saham akhirat.

Setiap penyakit ada titik-titik khasnya, dan setiap titik- titik tersebut ada penjelasan serta penerangannya.

InsyaALLAH, perkongsian lanjut berkenaan bekam boleh kita sama-sama berkongsi pada 15hb Mac 2014 ini di Dewan Seminar, Chalet Kak Long, Alai, Melaka.

Penyertaan MASIH DIBUKA. Penyertaan DITUTUP pada 7hb Mac 2014.

Indahnya mencintai Sunnah beserta kefahaman.

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KURSUS BEKAM ASAS TIAF :

Memahami Bekam @ Al Hijamah @ Cantuk @ Pa Hou Kuan @ Oxidant drainage therapy Secara Sunnah & Sains Kedoktoran. Ini Peluang untuk kalian memperjuangkan Sunnah dengan ILMU bukan taqlid buta. Penyertaan masih dibuka. 


Kami berusaha melatih golongan yang Boleh membekam beserta faham yang jitu tentang hal ehwal bekam itu sendiri, bukan hanya sekadar 'boleh bekam'.


Terutama dalam membincangkan Fatal Mistake yang kerap dilakukan oleh mereka yang melakukan bekam. Bukan mencari kesalahan tetapi berusaha memperbaiki kemahiran.
 
Soalkan diri sendiri dengan persoalan, "Kenapa bekam itu sunnah?"
 
Kursus Bekam Asas ( Mengikut Sunnah & Kedoktoran Moden)
 Terapi Bekam ( Rohani & Jasmani ) - Teori & Praktikal
 
Tarikh : 15 Mac 2014 ( Sabtu )
  Tempat : Dewan Seminar, Chalet Kak Long, Telok Mas, Melaka.
2.176668, 102.303334 (Koordinat GPS Kak Long Chalet)
  Masa : 9.30 Pg - 6.00 Ptg
  Yuran : RM150 ( Sijil, Nota & Jamuan makan ), RM70 Ulangkaji (Untuk Mereka yang pernah mengikuti Kursus Bekam TIAF sebelum ini)
  Penyertaan : Terbuka Muslimin & Muslimat ( sila bawa kain pelikat/batik dan peralatan membekam )
 
PENDAFTARAN :
  SMS >NAMA>NO. K/P> K.Bekam> 019-6727627

- Untuk Ulangkaji (Untuk peserta yang pernah Mengikuti Kursus Bekam TIAF sebelum ini) : SMS >NAMA>NO. K/P> Ulangkaji> 019-6727627


TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 7 MAC 2014
 
Sebarang Pertanyaan boleh merujuk 0196727627
 
PENYERTAAN AMAT-AMAT TERHAD.
 
PENGISIAN :
  SESI PERTAMA - BEKAM & PERIHALNYA
 
- Apa itu BEKAM - Definisi Bekam - Perbezaan Tukang Bekam dengan Ahli Bekam - Hakikat Bekam Tradisional dan Bekam Moden - Bekas Luka Bekam dan Gambaran tentang Penyakitnya
 
SESI KEDUA - BEKAM & KAEDAH EFEKTIF MERAWAT PENYAKIT
- Rahsia Kaedah Bekam bagi Merawat penyakit dan Mencegah Penyakit - Teknik Bekam - Cara Pemilihan Titik Bekam Yang Betul - Prinsip Pemilihan Titik Bekam - Jangka Masa Membekam - Penyakit yang Tidak boleh Diubati dengan Bekam secara terus - Pemilihan Titik-Titik Bekam di Dada dan Perut - Pemilihan Titik-Titik Bekam di Punggung - Titik Bekam Kepala (PENTING dan Paling UTAMA) - Pemilihan Titik Bekam Berdasarkan Titik Nabi (Titik/Point Sunnah) - Khasiat dan Kedudukan Titik Nabi
 
SESI KETIGA - KAEDAH DIAGNOS PENYAKIT SEBELUM BEKAM - JARI & KUKU
- WAJAH
- LIDAH - TAPAK TANGAN
 
Semoga beroleh manfaat dari ALLAH
 

La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Monday, February 17, 2014

UStaz Wan bersama Young Khalifah - Homeschooling

Posted by ptiafmmaster On 10:39 PM | No comments
Assalamualaikum warahmatULLAH,

Program Ustaz Wan Asrul bersama Young Khalifah,





La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Thursday, February 6, 2014

Assalamualaikum warahmatULLAH,

Tahniah kepada yang berjaya.

Sila pastikan email anda adalah betul dan pihak kami akan menghantar surat Tawaran beserta pra syarat me;lalui email bagi memudahkan proses.



Terima Kasih.

Ismail Rubani
Pengarah program

La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Monday, January 27, 2014

TEMUDUGA DIPLOMA PERUBATAN ISLAM TIAF

Posted by ptiafmmaster On 3:01 PM | No comments
Assalamualaikum warahmatULLAH,

AlhamduLILLAH selesai sudah urusan menemuduga calon - calon Diploma Perubatan Islam TIAF.

Seramai 73 pemohon , 53 mengesahkan kehadiran dan 51 hadir pada hari temuduga.

Panel pemilihan akan membuat pilihan terbaik berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapakan sebagai Visi Diploma Perubatan Islam TIAF.

Keputusan temuduga akan dimaklumkan 2 minggu lagi, insyaALLAH.

Wassalm.

Admin

La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Monday, December 30, 2013

SENARAI PEMOHON DIPLOMA PERUBATAN ISLAM TIAF

Posted by ptiafmmaster On 12:31 AM | No comments
Assalamualaikum warahmatULLAH,

Sila semak Nama , No Talipon dan alamat anda.

Sebarang pembetulan sila email kepada diptiafm@gmail.com.

Temuduga akan dijalankan pada 26/01/2014 di pejabat kami di Taman Perkasa Kuala Lumpur.

Panggilan temuduga akan dimaklumkan melalaui SMS, Email dan Surat rasmi.








La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Sunday, December 22, 2013

KULIAH BULANAN TIAF

Posted by الفقير إلى الله وان عصرول On 11:28 PM | No comments
Angin Putih itu kenyataan bagi Diri iaitu melibatkan TABIAT

Angin Hijau itu kenyataan bagi Tanda Awal penyakit iaitu melibatkan PUNCA

Angin Hitam itu kenyataan bagi Tanda Penyakit iaitu melibatkan KEADAAN PENYAKIT

Angin Merah itu kenyataan bagi Masalah iaitu melibatkan PENYAKIT

Sekadar perkongsian umum untuk keilmuan Pakaian Tobib.

Memaklumkan seperti biasa TIAF Melaka akan mengadakan Kuliah Bulanan, maklumatnya seperti berikut :
Tajuk : Soal Jawab Penyakit Rohani Jasmani dan Penyelesaiannya.

Tarikh : 29hb Disember 2013 (Ahad)

Masa : 9pagi - 11pagi

Tempat : TIAF, Telok Mas, Melaka.


Penyertaan Percuma. Dijemput hadir sekalian Muslimin dan Muslimat.

InsyaALLAH akan diadakan terapi terbuka pada jam 11pagi - 5petang pada hari yang sama.
Kepada yang berkelapangan, dijemput hadir untuk perkongsian dan bebelan dari sang faqir.

Kepada yang berhajat untuk dapatkan terapi, dipersilakan hadir pada hari yang sama, jam 11pagi - 5petang.

Sekian memaklumkan.




La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

Blogroll

About

About