Sunday, October 19, 2008

Sekilas pandang tentang Khasiat BismILLAH 6

Posted by الفقير إلى الله وان عصرول On 8:23 AM | 4 comments


Salam, kepada pembaca yang saya hormati,

Suka untuk saya berkongsi bersama anda semua tentang BismiLLAH 6 & khasiatnya. Semoga perkongsian ini menjadi aset untuk kita di akhirat kelak. InsyaALLAH.

Berikut adalah antara khasiat BismiLLAH 6:

• Makbul segala hajat dan cita-cita.
• Luas rezkinya.
• Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
• Menang dalam peperangan.
• Penerang hati.
• Diajuhkan dari segala penyakit.
• Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
• Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
• Dibaca di malam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
• Aman daripada binatang2 buas.
• Air laut menjadi tawar.
• Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
• Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
• Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
• Terselamat dari karam dilaut.
• Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
• Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
• Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
• Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
• Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
• Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
• Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Boleh juga dibacakan ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaALLAH.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

Mengikut pengalaman koresponden yang mengamalkan BismiLLAH 6 ini,ianya menjadikan segala jenis racun akan tawar dan tidak memberi mudharat kepada pengamal jika terminumnya. Gelas minuman yang mengandungi racun akan pecah kalau dipegang oleh pengamal BismiLLAH 6. InsyaALLAH.

Namun, perlu kita ingat ayat tidak memberi kesan jika kita berharap padanya, pergantungan kita hanya satu iaitu ALLAH zat yang maha agung, ayat sebagai ikhtiar kita dalam amalan. Istiqomah seribu karomah.

WALLAHUALAM.
Reactions:

4 jauhar:

amar19 said...

salam, tuan wan asrul,
izin dan maafkan saya ye, saya nak bertanya berkenaan amalan bismillah enam diatas, apakah asal dari nabi muhammad s.a.w. atau susunan ulama muktabar
jika dari hadis nabi, siapakah periwayatnya
jika susunan ulama, siapakah penyusunnya
diharaf tuan dapat beri pencerahan dengan izin Allah.
terima kasih, wassalam
amar

SILZACK KHAIROL said...

Salam...
bismillah 6 ini tiada dalam mana-mana hadis Nabi...ianya susunan ulama yang mengamalkan ayat tersebut. maka ini kalau dikira dari sudut sunnah.. ia bukannya sunnah nabi.. tinggalkan amalan ini dan ambillah apa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW...

iaitu "Bismillahirrahmaanirrahim."

setiap yang bukan sunnah nabi itu bidaah...dan bidaah itu dalam Neraka... janganlah kita menambah-nambah hal-hal agama. takut mendapat MURKA Allah nanti...
hati2 la... Syaitan tidak akan menyesatkan kamu dengan hal2 besar....tetapi Syaitan menyesatkan kamu dengan hal-hal remeh dan kecil di mata kita...
wallahu'alam

Anonymous said...

Silzack, bidaah banyak jenis. Bukukan Quran itu satu bidaah, belajar tajwid itu bidaah. Tapi bidaah yang macamana? Harap harap dah 2 tahun ni tuan dah dapat menimba lebih ilmu. Jangan ikut ilmu fadhail sahaja

Lading Emas said...

Astagfirullah...
Jgn cepat sgt mengatakan sesuatu tu bid'ah...
Mngaji bagi habis dulu..
Tanya pd Ulamak2 yg Muktabar..
Jgn mengeruhkan suasana, jadilah Org yg berHikmah dlm "ilmu"...

Blogroll

About

About