Thursday, April 30, 2009

Amalan Khatamun Nubuwah

Posted by الفقير إلى الله وان عصرول On 2:52 PM | 24 comments
Assalammualaikum W.M.T dan salam mesra,

AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana memberi kelapangan kepada saya walau secebis detik untuk sama-sama berkongsi bingkisan ilmu ALLAH yang tidak pernah lekang dan luak.

Terdetik hati saya untuk sama-sama kita berkongsi serba sedikit perihal amalan Khatamun Nubuwwah, yang mungkin ramai perasan dan lihat, tetapi tidak tahu akan rahsia dan hikmah yang tersembunyi di dalamnya. Malahan tidak salah untuk saya katakan, ada juga yang tidak tahu apa itu Khatamun Nubuwwah.

Dikesempatan ini, insyaALLAH sama-sama kita berkongsi sedikit sebanyak tentangnya.

Jika dikirakan, apalah sangat saya seorang yang jahil lagi daif ini untuk berkongsi ilmu tetapi merasakan bagai satu tanggungjawab untuk saya manfaatkan. Baik dari segi pengamalan dan penyebaran, kerana menyebarkan ilmu itu merupakan satu saham sehingga ke alam barzakh jika dimanfaatkan dengan baik, InsyaALLAH.

Apakah Khatamun Nubuwah?



Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya:

“Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;
1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.’


Harus kita jelas, apa yang dimaksudkan dengan melihat? Adakah dengan dengan mencetak dan menampalnya ke dinding? Atau di jadikan ‘screen saver/wallpaper’ PC?

Dari apa yang telah ditafsirkan ALLAHyarham guru saya sebelum mengijazahkannya kepada saya, yang dimaksudkan melihat, ialah melihat ke dalam diri semasa mengamalkannya. Bagaimana? InsyaALLAH akan dikongsikan.

Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W. Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi."

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."

MasyaALLAH, TabarakALLAH.

Amalan Khatamun Nubuwwah
Antara faedah yang ada dari pengamalan Khatamun Nubuwwah ini adalah sebagai pagar diri selain 1001 faedah yang lain. Cara beramal adalah diwaktu pagi dan petang serta semasa keluar rumah. Caranya adalah:

(1) Makrifatkan kalimah dibawah di atas kening kita
اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَـرِيْكَ لَهُ



Allah jualah tuhan yang tunggak tiada bersekutu baginya


(2) Makrifatkan kalimah di bawah di atas dada kita
محمدٌ عَبْدُهُ وَرَسُـوْلُهُ



Muhammad itu hambanya dan utusannya


(3) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kanan
تَوَجَّهُ حَيْثُ شِـئْتَ


berhadaplah engkau ke mana-mana sahaja yang engkau kehendaki



(4) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kiri
فَإِنَّكَ مَنْصُـوْرُ



maka sesungguhnya engkaulah yang mendapat pertolongan (kemenangan)


Dalam perubatan, ayat ini dibaca lalu ditiup pada tapak tangan lalu ditunjukkan kepada pesakit, Ini adalah salah satu kaedah pancaran tapak tangan yang sering saya gunakan.
Juga salah satu ‘Teknik Tembak’ yang saya gunakan dalam rawatan berhadapan dengan jenis-jenis yang degil.
Kaedahnya? Ada baiknya diijazahkan secara berhadapan.
InsyaALLAH akan saya sertakan pada seminar ‘Pengasih, Boleh atau Tidak? Serta cara Merawat dan Menghalang’ yang dijangka akan berlangsung awal Jun, InsyaALLAH.

Sekian dahulu dari saya.

Semoga mendapat rahmat dan redha dari ALLAH ke atas semua. Amin Ya Robbal A'lamin.
Reactions:

24 jauhar:

alif-mikail said...

Assalamualaikum Ustaz..

Boleh saya tahu.. ustaz mendapat amalan ini dari siapa?

Jazakallah

zawawi said...

Assalamualaikum,saya ingin sekali mengamalkan "Khataman Nubuwah" bagaimana hendak mendapat ijazah dari ustadz? jazakallah

Hatmin Haya Haya said...

Assalamualaikum Ustaz..
Izinkan sy copy logo Khataman Nubuwah. Semasa sy menghadiri kursus di Pasir Gudang pd 28/2/10 sy tak sempat nak copy guna pen drive. Terima Kasih.

ikhwanul said...

Assalamualaikum ya ustaz,

Saya mohon izin utk copy dan membuat cetakan logo ini. Boleh ustaz terangkan lebih kanjut maksud makrifat bwh kening, atas dada, bahu kanan dan bahu kiri yang ustaz terangkan di atas.

matYieTakir said...

Assalamualaikum ustaz
Ana ingin mengamalkan "Khataman Nubuwah" bagaimana hendak mendapat ijazah dari ustadz? Adalakah saya perlu berhadap dengan Ustaz atau dengan izin sebagaimana yang ustaz telah terangkan. wassalam

Jazakallah

mohd ridhuan said...

Assalamualaikum Ustaz..
sy mohon untuk amik amalan dan tanda Khatamun Nubuwah.

Rom said...

Salam Ustz, Saya mohon ijazah Khatamun Nubuwah ini.terima Kasih

Rom said...

Salam Ustaz. Saya mohon diijazahkan khatamun nubuwah ini. Terima Kasih

Kelab Roket said...

Assalamualaikum Ustaz..

Saya mohon izin amalan Khatam Nubuwwah ini.

Terima Kasih.

Syahrul Nizam.

dnaofiraqi said...

putra iraqi
salam ustaz,mohon ijazah kan kepada saya Khataman Nubuwah ini untuk saya amalkan.


jazakallah

D'perang kampung said...

Assalamualaikum Ustaz..

Saya mohon izin amalan Khatam Nubuwwah ini.

Terima Kasih.

muhalid aziz
bandar baru bangi

Fathullah Al-Haq said...

Assalamualaikum..

Boleh saya tahu status hadis yg sedara letak di atas?? sbb saya cari hadis ni xde dalam senarai sunan imam tirmidzi..

Hairul Azman said...

Assalamualaikum Ustaz...

Saya mohon izin utk copy dan membuat cetakan logo ini untuk diletak dalam rumah dan saya minta ijazah dari ustadz utk saya mengamalkannya

Pencinta nabi said...

Salam,
Jika ingin beramal sila pastikan dahulu KESAHIHAN sesuatu hadis itu..
Sila rujuk http://mmy.permaijordan.com/?p=890 untuk penjelasan yg lebih terperinci

panglima perangcyber said...

Pohon izin logo khatamunnubuwwah diletak di blog ana.

Penembak-tepat.com

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
zawawi said...

Assalamualaikum ustadz, bila agaknya akan diadakan kursus pengamalan khatamunnubuwwah tersebut? Terimakasih...

Didi said...

Darjat hadis tersebut adalah Bathil, Gharib, Munkar, dan Ibn Hajar Al-Asqalani mengatakan ianya tidak sabit daripada Rasulullah S.A.W. Anda boleh rujuk article dari blog ini http://www.ustazshauqi.com/2012/05/persoalan-khatamun-nubuwwah.html

zaid ahmad said...

asalam ustad minta tolong ijazah kan kpd saya..juga saya minta pada ustad utk copy

gunungledang188 said...

Ustaz.. Minta nombor telefon untuk di hubungi.. ingin belajar lebih mendalam lagi mengenai khatamun nubwah.

emiez mohamad said...

salam...ingin menegur satu perkara penting...saya bukan lah sesiapa...hanya hamba allah yg hina...harap apa yg saya tegur ini dapat memberikan kebaikan pada semua....lambang khatamun nubuwah yg anda salin ke blog anda itu salah...maaf...sepatutnya di atas segitiga tersebut tiada tulisan apa2 kerana ia memberi maksud ALLAH itu yg paling tinggi dari semua perkara....hati2 menyalin atau mengopy sesuatu gambar melibatkan allah .... kerana syitan itu akan mencipta sesuatu yg sebesar zarah sekalipun untuk menyesatkan kita...ada satu bahan rujukan sebelum ini yg sya baca...jikalau tidak silap saya...ahli2 dajjal juga ada lambang yg hampir menyerupai khatam tersebut...tapi tidak dapat dipastikan secara sahih bagaimana lmbangnye yg sebenar...cuma apa yg pernah saya pelajari....diatas kalimah allah tersebut...tidak boleh meletakkan apa2 melainkan beliau maha agong bagi semua....walahualam...maaf jika saya yg hina ni silap....jazakalllah.........

Anonymous said...

consider this with khatme nabuwat:

http://www.youtube.com/watch?v=rxAqKwGoR-Y

Anonymous said...

SALAM,
KEPERCAYAAN TENTANG KELEBIHAN KHATAMUN NUBUWWAH INI ADALAH SYIRIK.

http://revertedmuslim.blogspot.com/2013/08/percaya-pada-khatamun-nubuwwah-adalah.html

Blogroll

About

About