Saturday, August 29, 2009

Aturan

Posted by الفقير إلى الله وان عصرول On 8:09 AM | 1 comment
Assalamualaikum WMT dan salam Ramadhan.

AlhamduLILLAH ke hadrat ALLAH yang menjadikan hambaNYA dengan segala aturan yang penuh hikmah, syukur kerana masih memberi peluang untuk saya terus cuba merapatkan diri padaNYA. ALLAHu AKBAR.

Para pembaca yang dihormati,

Sepanjang kita hidup di dunia ini, sepanjang kita bergelar hamba ALLAH, umat Rasullulah S.A.W, sepanjang bergelar orang Islam. Jika diperhatikan semuanya mempunyai aturan.

Suka untuk saya kali ini membicarakan tentang aturan mengikut Tasauf. InsyaALLAH, apabila ada keluangan yang diberikan ALLAH pada saya, akan saya terangkan isinya dengan lebih lanjut. Jika tidak berkesempatan di sini, mungkin akan saya teruskan pada kuliah umum di PR selepas hari raya, insyaALLAH.

Kita pergi kepada aturan untuk mendapat Taufik dan Hidayah dahulu iaitu:

1) Berani
2) Tawakal
3) Ikhlas
4) Amal

Seterusnya, Aturan kita pada ALLAH S.W.T:

1) 'Ittiqad dengan 'Ittiqad yang Kamil pada ALLAH
2) Jangan ada Syirik Jali
3) Jangan ada syirik Khafi
4) Tawakal pada ALLAH
5) Redha kepada ALLAH
6) Syukur kepada ALLAH
7) Nikmat pada segala kebajikan
8) Melarang diri pada segala kejahatan

Aturan pada Rasulullah S.A.W:

1) Banyakkan membaca Selawat ke atas Baginda
2) Kasih kepada Baginda
3) Contohi Akhlak Baginda
4) Kasih pada Zawiyyah (Ulama' Mursyiddin)

Aturan dengan Syurga:

1) Membuat Ihsan
2) Kasih pada Rijal ALLAH
3) Mengerjakan Syariat

Aturan dengan Neraka:

1) Baca Al-Quran
2) Tangiskan diri yang banyak dosa dan taubat
3) Jauhi Maksiat
4) Lakukan Amal Kebajikan

Aturan Dengan Hisab:

1) Jangan banyak bercakap sesuatu yang sia-sia
2) Banyakkan ZikrULLAH
3) Banyakkan bersedekah khairat secara diam-diam

Aturan dengan Siratul Mustaqim:

1) Muhibah (terutama dengan saudara seagama iaitu seIslam)
2) Berbakti kepada kedua Ibubapa
3) Berbakti kepada guru-guru, terutama yang menjadi Syeikh (Masyaikh)
4) Amanah
5) Jadikan diri kamu seperti orang-orang awam
6) Rahsiakan Ilmu ALLAH yang ada pada kamu (Kecuali pada ahlinya dan yang patut sahaja)
7) Rahsiakan amalan kamu pada masyarakat.

Aturan dengan Mizan
:

1) Setiap ilmu hendaklah berguru dan beramal sebelum mendapat Laduni atau ilmu Zauki.
2) Hendaklah bersih dari segala pekerjaan
3) Beradap sopan sesama manusia
4) Bersyukur pada ALLAH, iaitu
a) Tiap-tiap nikmat itu syukur
b) Tiap-tiap dugaan/bala itu AlhamduLILLAH.

Para pembaca yang dihormati,

Pasti ada yang keliru serba sedikit tentang aturan-aturan di atas. Tidak perlu keliru kerana setiap pertanyaan atau persoalan pasti ada jawapan, InsyaALLAH.

Aturan-aturan di atas adalah rentetan dari hasil pengajian saya dengan ALLAHyarham guru saya yang telah meninggal 10 tahun lepas, semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Mudah-mudahan ALLAH memberi kesempatan untuk saya menghuraikannya di sini bagi tatapan semua sebagai untuk kita lebih dekat kepada pencipta, InsyaALLAH, Amin.

Semoga mendapat manfaat dari apa yang telah ditatap, InsyaALLAH.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai tanda saya makhluk yang lemah dan serba hina tanpa dengan Kudrat dan keizinanan dari ALLAH S.W.T.

Wassalam.
Reactions:

1 jauhar:

Siapalah aku said...

Assalamualaikum Ustaz,

Semoga sekeluarga sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T. Terima kasih dengan apa yang diajarkan.

Ustaz,
Menyebut tentang kuliah yang akan diadakan di PR, bolehkah saya mengikut serta kuliah tersebut?

Terima kasih ustaz,
Wassalam.

Blogroll

About

About