Friday, January 15, 2010

Mengesan Barang sihir

Posted by الفقير إلى الله وان عصرول On 1:43 AM | 3 comments
Assalammualaikum WMT dan salam mesra,

AlhamduLILLAH syukur ke hadrat Zat Yang Maha Agung dengan berkat rahmat dan redhaNYA, maka diizinkan serba sedikit kudrat pinjamanNYA ini untuk terus berkongsi serba sedikit calitan mutiara lautan ilmuNYA. ALLAHu Robbi.

Para pembaca yang dihormati,

Dalam dunia perubatan Islam yang sekarang semakin mendapat tempat di sisi masyarakat, persoalan sihir tidak pernah lekang.

Maka dari situ mulalah tercetusnya kaedah mengesan barang-barang sihir.

Berpunca dari sini, masing-masing mencuba pelbagai cara bagi tujuan tersebut.

Namun, bagi saya ada dua keadaan di sini:

Tawarkan / Musnahkan ilmu barang sihir tersebut dengan kaedah yang sedia ada tanpa perlu mengesan barang-barang tersebut. Ada yang panggil Kaedah Kiswah Nur.

Bagi saya, adalah lebih baik gunakan kaedah sebegini kerana ianya lebih mudah dan tidak menyusahkan. Tambahan pula, tidak mengejutkan pesakit.

Tetapi, ada juga dalam kalangan pesakit yang tidak berpuas hati, hendak juga bukti di depan mata. Dalam situasi sebegini, sebenarnya tidak disalahkan pesakit tersebut, kadang-kadang, oleh kerana sakit sudah lama menyelubungi diri, maka amarah menguasai jiwa, tentu serba sedikit, kacau jiwanya meronta-ronta untuk melihat bukti depan mata sendiri.

Maka, keadaan kedua yang menjadi pilihan iaitu kesan barang-barang tersebut, dan musnahkan zat bersama ilmunya.

Jadi, keadaan yang pertama umumnya ramai yang tahu baik sedikit ataupun banyak.

Tetapi, keadaan kedua, tidak dinafikan masih ramai yang tertanya-tanya, bagimana caranya ya pak?

InsyaALLAH, kali ini, sama-sama kita berkongsi serba sedikit akan kaedahnya.

Antara kaedah yang sering digunakan adalah:

KAEDAH 1

1) Al Kautsar 9/11x



1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat).
2. oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3. Sesungguhnya orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus (dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya).


2) Al Mulk : 14 11/13x

14. tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!


KAEDAH 2

Selawat Azimiah / Selawat Fateh 1/3x


KAEDAH 3


7 Mubin (Bukan Yasin 7 Mubin)

















Secara amnya, kaedah-kaedah di atas adalah antara kaedah yang digunakan perawat untuk mengesan barang-barang sihir. InsyaALLAH, kaedah jelas akan diperbincangkan kelak.

Para pembaca yang dihormati,

Tujuan saya berkongsi kaedah ini tidak lain dan bukan selain untuk mmenjelaskan bahawa ilmu ALLAH adalah tidak bertepi dan tidak pernah sempit selain disempitkan sendiri oleh perenang-perenang lautan ilmu atas sikap putus asa dalam berikhtiar. NauzubILLAH.

Selagi ada hayat yang ALLAH pinjamkan, selagi itulah kita harus terus berusaha mencari ikhtiar.

InsyaALLAH, ada peluang, akan diterangkan lebih lanjut perihal mengesan barang-barang sihir.

Semoga mendapat manfaat dari ALLAH ke atas sesama kita. InsyaALLAH.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua adalah ketentuan dariNYA atas hakikat bahawa saya hanyalah hambaNYA yang tidak berdaya dan daif tanpa dengan izin dan kehendak dariNYA.


WALLAHuAlam.

Wassalamu alaik.
Reactions:

3 jauhar:

Ogie said...

Assalammualaikum w.b.t.

Terima kasih yang tidak terhingga diatas bantuan dan keizinan Allah dlm merawat suami kak Rodziah. Sangat bersyukur kerana kami diperkenalkan kepada Ustaz Wan. Semuga keberkatan dari Allah berpanjangan utk keluarga Ustaz...InsyaAllah.

Nuzul Haziq said...

assalamuaaikum,terima kasih kerana memberi info

ms sha said...

Assalamualaikum,
Terima kasih banyak dia atas ilmu yang diberikan..pada saat ini, saya amat memerlukan ayat2 alquran untuk mengesan dan menghancurkan ilmu hitam yang dihantar oleh manusia berhati keji..syukran

Blogroll

About

About