Thursday, March 18, 2010

Kursus Bekam (Al Hijamah)

Posted by الفقير إلى الله وان عصرول On 7:56 AM | No comments
Assalammualaikum WMT dan salam mesra satu ummah,

AlhamduLILLAH, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH Pemakbul doa sekalian hamba dan makhlukNYA dengan berkat belas kasihan serta limpahan rahmatNYA. La Quwata Illa BILLAH.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W pelengkap Nur sekalian alam, semoga dengan berkat syafaat dari Baginda S.A.W maka dapat bersama-sama kita berada di dalam kasih sayang dan penuh ukhwah.Sollahu Ala Muhammad.

Di sini, dengan izinNYA maka saya letakkan maklumat kursus bekam yang akan berlangsung pada 28hb Mac 2010, insyaALLAH.

Tajuk : Bekam (Al-Hijamah) - Satu Ikhtiar dalam masalah Jasmani dan Rohani

Tarikh : 28hb Mac 2010 (Ahad)

Tempat : Dewan Kuliah Masjid Al-Azim (setakat ini)

Peserta : Terbuka kepada semua makhluk ALLAH yang zahir dan bernyawa.(Non Muslim boleh ikut serta)

Bilangan Peserta : Terhad 50 orang (25 pasangan - untuk praktikal)

Yuran : RM100

Perlu dibawa : Set alatan bekam (Sama ada sendiri atau beli dari saya)


Pengisian Kursus:

Kursus akan dibahagikan kepada 3 sesi utama pada hari tersebut iaitu :

SESI PERTAMA

- Apa itu BEKAM
- Definisi Bekam
- Sejarah Perkembangan Bekam
- Antara Bekam, Thibbun Nabawi dan Perubatan Moden
- Hadits-Hadits Tentang Bekam
- Peralatan Bekam
- Bekamlah Diri sendiri Sebelum Membekam Orang Lain
- Bekam Tradisional dan Bekam Moden
- Bekas Luka Bekam dan Gambaran Penyakitnya


SESI KEDUA

- CARA MEMBEKAM YANG EFEKTIF
- 10 Kaedah Bekam
- Menangani pendarahan pada tempat Yang Dibekam
- Berbagai Teknik Bekam
- Cara Memilih Titik Bekam Yang Efektif
- Prinsip Memilih Titik Bekam
- Cara Menemukan Titik Bekam
- Tempoh Membekam
- Penyakit yang Tidak boleh Diubati dengan Bekam secara terus
- Memilih Titik-Titik Bekam di Dada dan Perut
- Memilih Titik-Titik Bekam di Punggung
- Titik Bekam Kepala
- Memilih Titik Bekam Berdasarkan Titik Nabi (Titik/Point Sunnah)
- Beberapa Khasiat dan Kedudukan Titik Nabi



SESI KETIGA

BEKAM BAGI 100 PENYAKIT UMUM
- Gangguan dan Ngilu Pada Otot, Tulang dan Sendi (39 jenis penyakit)
- Gangguan dan Penyakit Dalam (33 jenis penyakit)Termasuk sihir, saka, racun dan santau, BiiznILLAH.
- Penyakit Bedah (6 jenis penyakit)
- Gangguan dan Penyakit Kewanitaan (9 jenis penyakit)
- Gangguan Pada Panca Indera (13 jenis penyakit)



Untuk mendaftar kursus bekam, sila sms (nama) jarak (no.K/P) jarak (Kursus Bekam).

Untuk mendaftar kursus bekam dan tempahan alat, sms (nama) jarak (no K/P) jarak (Kursus Bekam) jarak (alat bekam yang diinginkan, contoh; pen bekam & lancet).

Bagi yang merasakan set RM390 tidak mampu dimiliki lagi, boleh saja menempah set yang pertama iaitu RM180 (12 cup + pen lancet plastik + lancet), InsyaALLLAH.

Tiada yang murah ke?


Ada, tetapi saya tidak mahu mengambil risiko menjual peralatan yang murah yang mungkin boleh digunakan seminggu dua saja. Objektif saya, selepas kursus ini, bagi yang tidak mahir dan tidak pernah terdedah dengan perihal bekam, InsyaALLAH mahir, bagi yang mahir, InsyaALLAH mantap. Maksudnya boleh dipraktikkan terus di rumah pada ahli keluarga dan kepada sesiapa yang memerlukan.

Itu sebabnya kenapa saya menjual yang berkualiti dan tahan lama.

Segala pendaftaran akan ditutup pada 26hb Mac 2010.

Diharap kepada sesiapa yang berminat boleh membuat pengesahan penyertaan sekarang untuk cetakan nota, tempahan alat bekam, tempahan jamuan makan dan cetakan sijil. Kerjasama dari pihak Tn/Pn amat dihargai.

Sijil akan disediakan. InsyaALLAH.

Segala penyertaan dan tempahan alat bekam boleh di sms pada 019-6727626 (Pn Fadillah).

Fi AmanILLAH.

BarakALLAHu Fikum.

Wassalam.
Reactions:

0 jauhar:

Blogroll

About

About